/akn/my/act/act/1949/34

AKTA PERINTAH NAFKAH (KEMUDAHAN BAGI PENGUATKUASAAN) 1949

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1949
Sections
14
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA PERINTAH NAFKAH (KEMUDAHAN BAGI PENGUATKUASAAN) 1949 is Malaysia Act, cited as Act 34 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.

Seksyen 034b

Open as pageSuggest a correction

fm Page 1 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH

MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD

CAWANGAN KUALA LUMPUR

2006 2

Pertama kali diperbuat

1949 (Ordinan No. 55

tahun 1949)

Disemak

1971 (Akta 34 bermula pada 1 Julai 1971)

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama …

1993

Cetakan Semula Yang Kedua

1999 034b.fm Page 2 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

3

Akta 34

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi memudahkan penguatkuasaan di Malaysia bagi perintah-perintah nafkah yang dibuat di negara-negara salingan dan sebaliknya. [Semenanjung Malaysia—1 Disember 1949, Ord. No. 55 tahun 1949; Sabah dan Sarawak—1 Januari 1971, P.U.(A)460/1970] Tajuk ringkas

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Mahkamah tempatan” ertinya Mahkamah Sesyen atau

Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan guaman yang berhubungan dengan nafkah isteri atau anak, dan “Mahkamah tempatan yang berkenaan” ertinya

Mahkamah tempatan dalam daerah tempat tinggal orang yang terhadapnya suatu perintah nafkah dibuat;

“negara salingan” ertinya mana-mana negara atau wilayah, termasuk England, Wales dan Ireland Utara, yang baginya Akta ini sedang terpakai dan yang dinyatakan dalam Jadual;

“orang tanggungan” berhubung dengan mana-mana orang ertinya orang yang kena diberi nafkah oleh orang itu menurut undang-undang yang berkuat kuasa di negara salingan atau di

Malaysia tempat suatu perintah nafkah telah dibuat;

Seksyen 034b

Suggest a correction

fm Page 5 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

6

Undang-Undang Malaysia

“perintah nafkah” ertinya suatu perintah, selain perintah terhadap orang yang dianggap bapa seseorang anak tidak sah taraf bagi pembayaran nafkah anak itu, bagi pembayaran berkala jumlah wang bagi nafkah isteri dan orang tanggungan lain orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, dan termasuklah, berkenaan dengan Ireland

Utara, sesuatu perintah atau dekri bagi pemerolehan atau pembayaran balik kos bantuan atau nafkah yang dibuat menurut peruntukan Akta-Akta Imperial bernama Akta-Akta Bantuan Orang Miskin

(Ireland) 1839 hingga 1914;

“salinan diperakui” berhubung dengan perintah sesuatu mahkamah ertinya suatu salinan perintah itu yang diperakui sebagai salinan yang benar oleh pegawai yang sepatutnya bagi mahkamah itu.

Penguatkuasaan di Malaysia bagi perintah nafkah yang dibuat di negara salingan

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Jika suatu perintah nafkah telah dibuat terhadap mana-mana orang oleh mana-mana mahkamah di suatu negara salingan, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, dan satu salinan diperakui perintah itu telah disampaikan kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kehakiman,

Menteri itu hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan perintah itu dihantar kepada Mahkamah tempatan yang berkenaan untuk didaftarkan, dan, apabila diterima salinan itu, perintah itu hendaklah didaftarkan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah, mulai dari tarikh pendaftaran itu, mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama dan, tertakluk kepada Akta ini, segala prosiding boleh diambil atas perintah itu seolah-olah perintah itu ialah suatu perintah yang didapati pada asalnya dalam

Mahkamah tempatan itu, dan Mahkamah itu hendaklah mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan perintah itu dengan sewajarnya.

Seksyen 4

Penyampaian perintah nafkah yang dibuat di Malaysia

Open as pageSuggest a correction

Jika suatu Mahkamah tempatan telah membuat suatu perintah nafkah terhadap mana-mana orang, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, dan jika dibuktikan kepada

Mahkamah itu bahawa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat bermastautin di suatu negara salingan, Mahkamah itu hendaklah menghantar suatu salinan diperakui perintah itu kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal 034b.fm Page 6 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

Perintah Nafkah (Kemudahan bagi

Penguatkuasaan) 7

luar negeri untuk disampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di negara salingan itu.

Kuasa untuk membuat perintah sementara tentang nafkah terhadap orang yang bermastautin di negara salingan 5.

(1)

Jika suatu permohonan dibuat kepada suatu Mahkamah tempatan bagi mendapatkan suatu perintah nafkah terhadap mana-mana orang, dan jika dibuktikan bahawa orang itu bermastautin di suatu negara salingan, Mahkamah itu boleh, tanpa kehadiran orang itu, jika selepas mendengar keterangan Mahkamah itu berpuas hati tentang keadilan permohonan itu, membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat olehnya sekiranya saman telah disampaikan dengan sewajarnya kepada orang itu dan orang itu tidak hadir dalam pendengaran itu, tetapi dalam hal yang sedemikian perintah itu sementara sahaja, dan tidaklah mempunyai kuat kuasa melainkan jika dan sehingga disahkan oleh suatu mahkamah berwibawa di negara salingan itu.

Suggest a correction

(2)

Keterangan mana-mana saksi yang diperiksa tentang mana-mana permohonan sedemikian hendaklah ditulis, dan deposisi itu hendaklah dibacakan kepadanya dan ditandatangani olehnya.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu perintah dibuat sebagaimana yang disebut terdahulu, Mahkamah itu hendaklah menghantar deposisi yang diambil sedemikian dan suatu salinan diperakui perintah itu kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri untuk disampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di negara salingan itu bersama dengan suatu perakuan yang menyatakan alasan yang berdasarkannya pembuatan perintah itu mungkin boleh dibangkang sekiranya saman telah disampaikan dengan sewajarnya kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat dan orang itu telah hadir dalam pendengaran itu, serta apa-apa maklumat yang dimiliki oleh

Mahkamah itu bagi memudahkan orang itu dikenal pasti, dan bagi menentukan di mana orang itu berada.

Suggest a correction

(4)

Subsection

(a)

Jika mana-mana perintah sementara sedemikian telah sampai di hadapan sesuatu mahkamah berwibawa di negara salingan itu untuk disahkan, dan perintah itu telah dihantar balik oleh mahkamah itu, bagi maksud mengambil keterangan lanjut, kepada Mahkamah tempatan yang berkenaan yang telah membuat perintah itu, Mahkamah tempatan itu hendaklah, selepas 034b.fm Page 7 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

8

Undang-Undang Malaysia memberikan notis yang ditetapkan, terus mengambil keterangan mengikut cara yang serupa dan tertakluk kepada syarat yang serupa seperti keterangan bagi menyokong permohonan yang asal.

Suggest a correction

(b)

Jika apabila keterangan itu didengar Mahkamah itu mendapati bahawa perintah itu tidak sepatutnya dibuat,

Mahkamah itu boleh menghapuskan perintah itu, tetapi dalam mana-mana hal yang lain deposisi itu hendaklah dihantar kepada

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri dan diuruskan mengikut cara yang serupa seperti deposisi yang asal.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Pengesahan sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menyentuh apa-apa kuasa sesuatu Mahkamah tempatan untuk mengubah atau menghapuskan perintah itu:

Dengan syarat bahawa apabila membuat sesuatu perintah pengubahan atau penghapusan, Mahkamah itu hendaklah menghantar suatu salinan diperakui perintah itu kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri untuk disampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di negara salingan itu, dan bahawa dalam hal sesuatu perintah yang mengubah perintah yang asal, perintah itu tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa melainkan jika dan sehingga disahkan mengikut cara yang serupa seperti perintah yang asal.

Suggest a correction

(6)

Pemohon berhak membuat rayuan, jika ada, terhadap keengganan membuat suatu perintah sementara sama seperti dia berhak membuat rayuan terhadap keengganan membuat suatu perintah sekiranya saman telah disampaikan dengan sempurnanya kepada orang yang terhadapnya perintah itu diminta supaya dibuat.

Kuasa Mahkamah tempatan untuk mengesahkan perintah sementara tentang nafkah yang dibuat di negara salingan terhadap orang yang bermastautin di Malaysia 6.

Suggest a correction

(1)

Jika suatu perintah nafkah telah dibuat oleh suatu

Mahkamah di suatu negara salingan, dan perintah itu sementara sahaja dan tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika dan sehingga disahkan oleh suatu Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di Malaysia, dan suatu salinan diperakui perintah itu bersama dengan deposisi saksi dan suatu perakuan yang 034b.fm Page 8 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

Perintah Nafkah (Kemudahan bagi

Penguatkuasaan) 9

menyatakan alasan yang berdasarkannya perintah itu mungkin boleh dibangkang telah disampaikan kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kehakiman dan

Menteri itu mendapati bahawa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat bermastautin di Malaysia, Menteri itu hendaklah menyebabkan supaya dokumen itu dihantar kepada Mahkamah tempatan yang berkenaan bersama dengan suatu rekuisisi supaya suatu saman dikeluarkan menghendaki orang itu menunjukkan sebab mengapa perintah itu tidak patut disahkan, dan apabila dokumen dan rekuisisi itu diterima, Mahkamah tempatan yang berkenaan itu hendaklah mengeluarkan saman dan menyebabkan supaya saman itu disampaikan kepada orang itu.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu saman yang dikeluarkan sedemikian boleh disampaikan mengikut cara yang sama seolah-olah saman itu telah dikeluarkan pada asalnya di bawah Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].

Suggest a correction

(3)

Dalam pendengaran itu hendaklah terbuka kepada orang yang kepadanya saman itu telah disampaikan untuk mengemukakan apa-apa pembelaan yang boleh dikemukakannya dalam prosiding yang asal sekiranya dia menjadi suatu pihak dalam prosiding itu tetapi dia tidak boleh mengemukakan apa-apa pembelaan lain, dan perakuan daripada mahkamah yang membuat perintah sementara itu yang menyatakan alasan yang berdasarkannya pembuatan perintah itu mungkin boleh dibangkang sekiranya orang yang terhadapnya perintah itu dibuat telah menjadi suatu pihak dalam prosiding itu hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa alasan itu ialah alasan yang berdasarkannya bantahan boleh dibuat.

Suggest a correction

(4)

Jika dalam pendengaran itu orang yang kepadanya saman itu telah disampaikan tidak hadir atau, apabila hadir, tidak dapat memuaskan hati Mahkamah tempatan bahawa perintah itu tidak sepatutnya disahkan, Mahkamah itu boleh mengesahkan perintah itu sama ada tanpa ubah suaian atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan adil oleh Mahkamah itu selepas mendengar keterangan.

Suggest a correction

(5)

Jika orang yang terhadapnya saman itu telah dikeluarkan hadir dalam pendengaran itu dan memuaskan hati Mahkamah tempatan bahawa bagi maksud apa-apa pembelaan perlu kes itu dihantar balik ke mahkamah yang membuat perintah sementara itu bagi pengambilan apa-apa keterangan lanjut, Mahkamah itu boleh menghantar balik kes itu dan menangguhkan prosiding itu bagi maksud itu.

Suggest a correction

Seksyen 034b

Suggest a correction

fm Page 9 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

10

(6)

Jika suatu perintah sementara telah disahkan di bawah seksyen ini, perintah itu boleh diubah atau dihapuskan mengikut cara yang serupa seolah-olah perintah itu telah dibuat pada asalnya oleh Mahkamah yang mengesahkannya, dan jika atas suatu permohonan supaya perintah sementara itu dihapuskan atau diubah Mahkamah tempatan berpuas hati bahawa perlu kes itu dihantar balik ke mahkamah yang membuat perintah itu bagi maksud pengambilan keterangan lanjut, Mahkamah tempatan itu boleh menghantar balik kes itu dan menangguhkan prosiding itu bagi maksud itu.

Suggest a correction

(7)

Jika sesuatu perintah telah disahkan sedemikian, orang yang terikat oleh perintah itu berhak membuat rayuan, jika ada, terhadap pengesahan perintah itu sama seperti dia berhak membuat rayuan terhadap pembuatan perintah itu sekiranya perintah itu suatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah yang mengesahkan perintah itu.

Kuasa Menteri untuk membuat kaedah bagi memudahkan perhubungan antara mahkamah 7.

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kehakiman boleh membuat kaedah-kaedah tentang cara sesuatu kes boleh dihantar balik oleh sesuatu Mahkamah yang diberi kuasa untuk mengesahkan sesuatu perintah sementara kepada mahkamah yang membuat perintah sementara itu, dan amnya bagi memudahkan perhubungan antara mahkamah itu, dan boleh membuat apa-apa kaedah lain yang disifatkannya perlu untuk melaksanakan maksud Akta ini.

Cara menguatkuasakan perintah 8.

Sesuatu perintah yang telah didaftarkan atau yang telah disahkan oleh sesuatu Mahkamah tempatan di bawah Akta ini boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang serupa seolah-olah perintah itu telah dibuat—

(a)

di Negeri-Negeri Tanah Melayu, di bawah Akta

Perempuan Bersuami dan Anak-anak (Nafkah) 1950

[Akta 263], Persekutuan Tanah Melayu; atau di bawah mana-mana undang-undang Negeri sebagaimana yang disebut dalam seksyen 13 Akta itu;

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 034b

Undang-Undang Malaysia

Suggest a correction

fm Page 10 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

Perintah Nafkah (Kemudahan bagi

Penguatkuasaan) 11

(b)

di Sabah, di bawah Ordinan Nafkah 1959, Sabah [Ord.

7 tahun 1959];

Suggest a correction

(c)

di Sarawak, di bawah Bab XXXIII (seksyen 335

hingga 340A) Kanun Tatacara Jenayah Bab 62 (Edisi

Semakan 1948), Sarawak.

CATATAN

[Bab ini masih berkuat kuasa menurut kuasa seksyen 5 Ordinan Edisi

Semakan Undang-Undang 1956 Sarawak.]

Bukti tentang dokumen yang ditandatangani oleh pegawai mahkamah 9.

Apa-apa dokumen yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang Hakim atau pegawai sesuatu mahkamah di sesuatu negara salingan hendaklah, sehingga akasnya dibuktikan, disifatkan telah ditandatangani sedemikian tanpa bukti tentang tandatangan atau sifat kehakiman atau jawatan orang yang tampaknya telah menandatanganinya, dan pegawai sesuatu mahkamah yang menandatangani sesuatu dokumen hendaklah, sehingga akasnya dibuktikan, disifatkan sebagai pegawai yang sepatutnya bagi mahkamah itu untuk menandatangani dokumen itu.

Deposisi menjadi keterangan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Deposisi yang diambil dalam sesuatu mahkamah di suatu negara salingan bagi maksud Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan dalam prosiding di bawah Akta ini.

Seksyen 11

Peluasan Akta

Open as pageSuggest a correction

Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa peruntukan salingan telah atau akan dibuat oleh badan perundangan mana-mana negara atau wilayah bagi menguatkuasakan di negara atau wilayah itu perintah nafkah yang dibuat oleh mahkamah di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah, memperluas Akta ini ke negara atau wilayah itu dan boleh meminda Jadual mengikut apa-apa cara yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa kepada perintah itu dan untuk menghapuskan apa-apa ketakselarasan dengannya dalam Jadual.

Seksyen 034b

Suggest a correction

fm Page 11 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

12

Undang-Undang Malaysia

Pemakaian Akta

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi semua perintah mahkamah yang dibuat dan semua prosiding yang dimulakan di bawah mana-mana Enakmen atau Ordinan yang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Malaysia sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini bagi segala maksud seolah-olah perintah itu telah dibuat atau prosiding itu telah dimulakan di bawah Akta ini, dan, jika mana-mana Enakmen atau Ordinan itu telah diperluas ke mana-mana negara atau wilayah yang dinyatakan dalam Jadual, Akta ini hendaklah, bagi maksud mana-mana perintah atau prosiding sedemikian, disifatkan telah diperluas ke negara atau wilayah itu walaupun tiada perintah bagi maksud itu telah dibuat di bawah seksyen 11.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 2, 11 dan 12]

NEGARA SALINGAN

Australia—

Negeri New South Wales;

Negeri Queensland;

Negeri Australia Selatan;

Negeri Tasmania;

Negeri Victoria;

Negeri Australia Barat;

Wilayah Ibu Negara Australia;

Wilayah Pulau Norfolk;

Wilayah Utara Australia;

Wilayah Papua;

Cocos (Pulau Keeling);

Negara Brunei;

Dominion Ceylon;

034b.fm Page 12 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

Perintah Nafkah (Kemudahan bagi

Penguatkuasaan) 13

England;

Bailiwick dalam Pulau Guernsey;

Hong Kong Special Administrative Region, Republik Rakyat China ;

Republik India (tidak termasuk Jammu dan Kashmir);

Pulau Jersey;

Isle of Man;

New Zealand;

Kepulauan Cook (termasuk Niue);

Wilayah Amanah Samoa Barat;

Ireland Utara;

Pulau Norfolk;

Republik Pakistan;

Republik Singapura;

Kesatuan Afrika Selatan;

Wales.

034b.fm Page 13 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

14

Akta 34

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

L.N. 332/1958

Perintah Perlembagaan Persekutuan

(Pengubahsuaian

Undang-Undang)

(Ordinan dan Proklamasi) 1958 13-11-1958

P.U.(A)460/1970

Perintah Ordinan Nafkah (Peluasan)

1970 01-01-1971

P.U.(A)208/1980

Perintah Penyemakan Undang-Undang

(Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi Penguatkuasaan) 1949) 1980 01-07-1971

P.U.(A)33/2004

Perintah Nafkah (Kemudahan bagi

Penguatkuasaan) (Peluasan

Akta)

2003 23-01-2004

P.U.(A)78/2004

Pembetulan

Perintah Nafkah (Kemudahan bagi

Penguatkuasaan) (Peluasan

Akta)

2004 20-02-2004 034b.fm Page 14 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

15

Akta 34

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Jadual

Suggest a correction

Jadual

P.U.(A)460/1970 01-01-1971

P.U.(A)208/1980 01-07-1971

P.U.(A)33/2004 23-01-2004 034b.fm Page 15 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM

Common questions

What is MAINTENANCE ORDERS (FACILITIES FOR ENFORCEMENT) ACT 1949?
AKTA PERINTAH NAFKAH (KEMUDAHAN BAGI PENGUATKUASAAN) 1949 is Malaysia Act, cited as Act 34 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.
Is MAINTENANCE ORDERS (FACILITIES FOR ENFORCEMENT) ACT 1949 still in force?
Yes — MAINTENANCE ORDERS (FACILITIES FOR ENFORCEMENT) ACT 1949 is currently in force.
When did MAINTENANCE ORDERS (FACILITIES FOR ENFORCEMENT) ACT 1949 take effect?
MAINTENANCE ORDERS (FACILITIES FOR ENFORCEMENT) ACT 1949 was first recorded in 1949.
How many sections does MAINTENANCE ORDERS (FACILITIES FOR ENFORCEMENT) ACT 1949 have?
MAINTENANCE ORDERS (FACILITIES FOR ENFORCEMENT) ACT 1949 contains 12 sections.
Where can I read the official version of MAINTENANCE ORDERS (FACILITIES FOR ENFORCEMENT) ACT 1949?
The official text of MAINTENANCE ORDERS (FACILITIES FOR ENFORCEMENT) ACT 1949 is published at lom.agc.gov.my.