/akn/my/act/act/1949/194

AKTA SUMPAH DAN IKRAR 1949

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1949
Sections
15
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

AKTA SUMPAH DAN IKRAR 1949 is Malaysia Act, cited as Act 194 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta yang berhubungan dengan Sumpah dan Ikrar. [1 Disember 1949] Tajuk ringkas

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

*“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967

[Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan.

Seksyen 3

Pemakaian Akta

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dipakai bagi prosiding di hadapan mahkamah tentera.

Seksyen 4

Kuasa untuk mengendalikan sumpah dan ikrar

Open as pageSuggest a correction

Semua mahkamah dan orang yang mempunyai, mengikut undang-undang, atau dengan perintah rujukan oleh mana-mana mahkamah, atau dengan persetujuan pihak-pihak, kuasa untuk menerima keterangan adalah diberi kuasa untuk mengendalikan, oleh mereka sendiri atau oleh pegawai yang diberi kuasa oleh mereka bagi maksud itu, sumpah dan ikrar dalam melaksanakan kewajipan atau

*CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

“Semenanjung Malaysia”–lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], s. 5(2).

Undang-Undang Malaysia 6

dalam menjalankan kuasa yang diberikan kepada mereka masing-masing sebagaimana yang disebut terdahulu.

Seksyen 5

Mengangkat sumpah di luar Semenanjung Malaysia

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa sumpah atau afidavit yang dikehendaki bagi maksud mana-mana mahkamah atau perkara di Semenanjung Malaysia, atau bagi maksud pendaftaran apa-apa surat cara di mana-mana bahagian Semenanjung Malaysia, boleh diangkat atau dibuat di mana-mana tempat di luar Semenanjung Malaysia di hadapan mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah di tempat itu:

Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada seksyen 3 Akta Pegawai-Pegawai Diplomat dan Konsul (Sumpah dan Fi) 1959 [Akta 348], seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa sumpah yang dikehendaki diangkat bagi maksud Perlembagaan.

Seksyen 6

Orang yang dikehendaki mengangkat sumpah

Open as pageSuggest a correction

(a)

saksi, iaitu, semua orang yang boleh diperiksa dengan sahnya, atau yang memberikan atau dikehendaki memberikan keterangan, oleh atau di hadapan mana-mana mahkamah atau orang yang mempunyai, sebagaimana yang tersebut dalam seksyen 4, kuasa untuk memeriksa orang itu atau untuk menerima keterangan;

Suggest a correction

(b)

jurubahasa bagi soalan yang dikemukakan kepada dan keterangan yang diberikan oleh saksi;

Suggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menjadikannya perlu dikendalikan kepada jurubahasa rasmi mana-mana mahkamah, atau kepada jurubahasa yang diperakui dalam penggajian Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri apabila dia sedang menjalankan tugasnya, setelah jurubahasa rasmi atau jurubahasa yang diperakui itu memulakan tugas jawatannya, suatu sumpah bahawa dia akan menunaikan tugas itu dengan sebenar-benarnya.

Sumpah dan Ikrar 7

Jika sumpah dikehendaki ikrar boleh dibuat

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana orang dikehendaki oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain supaya mengangkat sumpah, maka keperluan itu hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika suatu ikrar dibuat.

Seksyen 8

Keterangan orang yang umurnya belum matang

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang oleh sebab umurnya belum matang tidak sepatutnya pada pendapat mahkamah dibenarkan untuk memberikan keterangan atas sumpah atau ikrar hendaklah dibenarkan untuk memberikan keterangan setelah diberikan amaran oleh mahkamah supaya bercakap benar, semuanya benar, dan tidak lain daripada yang benar belaka.

Seksyen 9

Bentuk sumpah dan ikrar

Open as pageSuggest a correction

Sumpah dan ikrar yang dibuat di bawah seksyen 6 atau seksyen 7 hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa bentuk dan apa-apa formaliti sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah-kaedah dan, sehingga kaedah-kaedah itu dibuat, mengikut bentuk dan formaliti yang digunakan semasa Akta ini mula berkuat kuasa.

Seksyen 10

Kuasa mahkamah untuk menawarkan sumpah atau ikrar tertentu

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana pihak atau saksi dalam mana-mana prosiding kehakiman menawarkan, atau apabila dicabar, bersetuju untuk memberikan keterangan atas sumpah atau ikrar mengikut apa-apa bentuk yang lazim di kalangan atau dianggap mengikat oleh orang daripada ras atau kepercayaan pihak atau saksi itu dan tidak bertentangan dengan keadilan atau kesusilaan, dan tidak berupa sebagai menjejaskan mana-mana orang ketiga, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini sebelumnya, menyebabkan sumpah atau ikrar itu ditawarkan kepadanya.

Seksyen 11

Tatacara jika suatu pihak menawarkan untuk terikat dengan sumpah atau ikrar

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika pihak atau saksi itu bersetuju untuk membuat sumpah atau ikrar sedemikian, mahkamah boleh mengendalikannya, atau, jika lebih sesuai, boleh memberi kuasa mana-mana orang untuk mengendalikannya dan mengambil keterangan daripada orang yang kena bersumpah atau berikrar itu, dan mengembalikannya kepada mahkamah.

Suggest a correction

(3)

Keterangan yang diberikan demikian hendaklah, terhadap orang yang menawarkan untuk terikat sebagaimana yang disebut dahulu, menjadi bukti muktamad mengenai perkara yang dinyatakan itu.

Suggest a correction

(4)

Jika pihak atau saksi itu enggan membuat sumpah atau ikrar sedemikian, dia tidak boleh dipaksa untuk membuatnya, dan juga tidak boleh ditanya sebab kenapa dia enggan membuatnya, tetapi mahkamah hendaklah merekodkan, sebagai sebahagian daripada prosiding itu, jenis sumpah atau ikrar yang dicadangkan itu, hakikat bahawa dia telah ditanya sama ada dia mahu membuatnya dan bahawa dia telah menolaknya, berserta dengan apa-apa alasan yang dinyatakannya secara sukarela mengenai keengganannya.

Prosiding dan keterangan tidak dijadikan tidak sah oleh peninggalan sumpah atau ketidakteraturan 12.

Tiada peninggalan untuk mengangkat apa-apa sumpah atau membuat apa-apa ikrar, tiada penggantian mana-mana satu dengan salah satu daripadanya, dan tiada apa-apa jua ketidakteraturan pada bentuk yang salah satu daripadanya dikendalikan, boleh menjadikan tidak sah mana-mana prosiding atau menjadikan tidak boleh diterima apa-apa jua keterangan yang mengenainya atau yang berkenaan dengannya peninggalan, penggantian atau ketidakteraturan itu berlaku, atau boleh menjejaskan kewajipan seseorang saksi untuk menyatakan yang benar.

Sumpah dan Ikrar 9

Orang yang memberikan keterangan terikat untuk menyatakan yang benar

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap orang yang memberikan keterangan mengenai apa-apa perkara di hadapan mana-mana mahkamah atau di hadapan orang yang diberi kuasa oleh Akta ini untuk mengendalikan sumpah dan ikrar hendaklah terikat untuk menyatakan yang benar mengenai perkara itu.

Seksyen 14

Hukuman terus kerana sumpah bohong di mahkamah terbuka

Open as pageSuggest a correction

(a)

memberikan, pada pendapat Mahkamah yang di hadapannya prosiding kehakiman itu dijalankan, keterangan palsu mengikut pengertian seksyen 191 Kanun Keseksaan

[Akta 574] mengenai sesuatu persoalan material; atau

Suggest a correction

(b)

dengan sengaja atau dengan disedarinya membuat atau dibuktikan telah membuat dua pernyataan atau lebih yang bertentangan tentang fakta atau fakta yang dikatakan mengenai sesuatu persoalan material, sama ada ketika pemeriksaan yang sama atau di dua pemeriksaan atau lebih, dan pernyataan yang bertentangan itu telah dibuat di hadapan Mahkamah yang dalamnya prosiding kehakiman itu dijalankan atau di hadapan Mahkamah itu dan di hadapan mana-mana Mahkamah atau Mahkamah-Mahkamah lain, dan sama ada kebenaran atau kepalsuan pernyataan tersebut itu masing-masing boleh ditentukan atau tidak, maka sahlah di sisi undang-undang bagi Mahkamah itu untuk memanggil saksi itu untuk memberikan sebab (dengan serta-merta atau pada tarikh kemudian) kenapa dia tidak boleh dihukum secara terus kerana memberikan keterangan palsu dan, jika saksi itu tidak dapat memberikan apa-apa sebab, maka saksi itu hendaklah dihukum secara terus kerana menghina—

Suggest a correction

(i)

jika Mahkamah itu ialah Mahkamah Persekutuan atau

Mahkamah Tinggi, dengan pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

Undang-Undang Malaysia 10

(ii)

jika Mahkamah itu ialah Mahkamah Sesyen, dengan pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada dua bulan atau denda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit;

Suggest a correction

(iii)

jika Mahkamah itu ialah Mahkamah Majistret Kelas

Pertama, dengan pemenjaraan selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan atau denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Apabila apa-apa kuasa yang diberikan oleh seksyen ini dijalankan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau

Mahkamah Majistret, orang yang dihukum itu hendaklah mempunyai hak merayu yang sama seolah-olah dia telah dihukum selepas suatu perbicaraan yang diadakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah, dan peruntukan undang-undang itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3) dan dengan apa-apa pengubahan lain sebagaimana yang perlu, dipatuhi berkaitan dengan apa-apa rayuan sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang dihukum di bawah subseksyen (1)

oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret hendaklah, sebaik selepas hukuman itu diumumkan, diberitahu tentang haknya untuk merayu terhadap hukuman itu.

Suggest a correction

(4)

Apabila notis rayuan dibuat oleh mana-mana orang yang dihukum di bawah seksyen ini, Mahkamah Tinggi, Mahkamah

Sesyen atau Mahkamah Majistret yang telah memerintahkan hukuman itu hendaklah menggantung pelaksanaan hukuman itu, dan hendaklah melepaskan orang yang dihukum itu atas terma-terma yang dijamin dengan bon dirinya sahaja.

Suggest a correction

(5)

Sebagai ganti menjalankan kuasa hukuman terus yang diberikan di bawah subseksyen (1) Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengkomitkan secara terus pesalah itu untuk dibicarakan di hadapan mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa, dan hendaklah, dalam hal sedemikian, mengikat jamin kesemua orang yang keterangannya difikirkan material oleh mahkamah itu supaya hadir dan memberikan keterangan pada perbicaraan itu; dan mahkamah perbicaraan hendaklah mengambil kognisans mengenai kesalahan itu seolah-olah kehendak perenggan 129(1)(b) dan segala kehendak lain dalam Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] telah dipatuhi.

Sumpah dan Ikrar 11

Suggest a correction

(6)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan melucutkan mana-mana orang yang dihukum di bawah seksyen ini apa-apa hak untuk merayu yang diberikan oleh undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara jenayah.

Suggest a correction

(7)

Seseorang yang telah menjalani apa-apa hukuman pemenjaraan atau telah membayar apa-apa denda yang dikenakan di bawah seksyen ini tidak boleh dikenakan hukuman bagi kesalahan yang sama.

Pemansuhan

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 15]

PEMANSUHAN

N.M.B. Bab 14

Enakmen Ikrar.

Enakmen Johor No. 19

Enakmen Ikrar.

Enakmen Kedah No. 2

Enakmen No. 2 (Ikrar).

Enakmen Kelantan No. 11 tahun 1924

Enakmen Ikrar 1924.

Enakmen Perlis No. 3 tahun 1337

Enakmen Ikrar 1337.

Enakmen Trengganu No. 7 tahun 1356

Enakmen Ikrar 1356.

N.N.S. Bab 15

Ordinan Sumpah.

Ord. M.U. No. 36 tahun 1947

Ordinan Ikrar (Pemakaian)

1947.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 194

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa meminda dari

Ord. 40/1952

Ordinan Sumpah dan Ikrar 21-10-1952

(Pindaan) 1952

Akta 10/1959

Akta Sumpah dan Ikrar (Pindaan)

31-12-1959 1959

Akta 91

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 16-03-1964

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975

(Ringgit) 1975

Sumpah dan Ikrar 13

Akta 194

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 5

Act 10/1959 31-12-1959 14

Ord. 40/1952 21-10-1952

Act 160 29-08-1975

Common questions

What is OATHS AND AFFIRMATIONS ACT 1949?
AKTA SUMPAH DAN IKRAR 1949 is Malaysia Act, cited as Act 194 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.
Is OATHS AND AFFIRMATIONS ACT 1949 still in force?
Yes — OATHS AND AFFIRMATIONS ACT 1949 is currently in force.
When did OATHS AND AFFIRMATIONS ACT 1949 take effect?
OATHS AND AFFIRMATIONS ACT 1949 was first recorded in 1949.
How many sections does OATHS AND AFFIRMATIONS ACT 1949 have?
OATHS AND AFFIRMATIONS ACT 1949 contains 14 sections.
Where can I read the official version of OATHS AND AFFIRMATIONS ACT 1949?
The official text of OATHS AND AFFIRMATIONS ACT 1949 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA SUMPAH DAN IKRAR 1949 | mylaw.my