Malaysia legislation

Section 13

of AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966

Seksyen 13

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen;

(b)

apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Majlis daripada kumpulan wang pinjaman;

(c)

segala jumlah wang yang dari semasa ke semasa diterima oleh atau kena dibayar kepada Majlis berkenaan dengan pembayaran balik mana-mana pinjaman yang diberikan oleh Majlis dan bunga yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana pinjaman itu;

(d)

wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

(e)

wang yang diperoleh atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Majlis;

Majlis Amanah Rakyat 15

(f)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Majlis;

(g)

jumlah wang yang dipinjam oleh Majlis bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan

(h)

segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Majlis berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

(3)

Dalam seksyen ini, ungkapan “kumpulan wang pinjaman”

ertinya apa-apa jumlah wang yang dijadikan tersedia dari semasa ke semasa oleh Kerajaan dengan cara pinjaman.

Pengimbangan akaun hasil