Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk memelihara
Kumpulan Wang dengan menjalankan dan melaksanakan fungsi dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Majlis mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk, tanpa menjejaskan keluasan ungkapan itu, peruntukan berkenaan dengan obligasinya di bawah seksyen 13 dan 15 dan susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.