Malaysia legislation

Section 16

of AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966

Seksyen 16

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a)

membayar segala belanja yang dilakukan di bawah seksyen 22 dan 23;

(b)

memberikan pinjaman di bawah seksyen 24;

(c)

membayar apa-apa belanja yang dilakukan dengan sah oleh Majlis, termasuk fi dan kos ukur, fi dan kos guaman dan fi dan kos lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Majlis termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(d)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh

Majlis dalam melaksanakan kewajipannya atau dalam menjalankan fungsinya di bawah seksyen 6;

(e)

membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera, stor dan apa-apa bahan lain dan memperoleh tanah dan mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan kewajipannya atau dalam menjalankan fungsinya di bawah seksyen 6, pada menjangkakan pinjaman akan diberikan bagi maksud itu di bawah seksyen 24, supaya, walau bagaimanapun, apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh Majlis di bawah perenggan ini hendaklah ditolak daripada pinjaman yang pada menjangkakannya jumlah wang itu telah dibelanjakan apabila pinjaman itu sebenarnya diberikan.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran