Malaysia legislation

Section 17

of AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966

Seksyen 17

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Majlis hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya kepada Menteri mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi

Majlis Amanah Rakyat 17

apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri; dan

Menteri hendaklah sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu memberitahu Majlis amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

(3)

Majlis boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Akaun dan audit