Malaysia legislation

Section 18

of AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966

Seksyen 18

(2)

Akaun Majlis hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua

Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Majlis dengan kelulusan Menteri.

(3)

Selepas berakhir setiap tahun kewangan, dan sebaik sahaja akaun Majlis diaudit, Majlis hendaklah menyebabkan supaya dihantar suatu salinan penyata akaun itu kepada Menteri, bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua

Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen

(2)

mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Majlis itu.

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian itu dibentangkan di hadapan setiap

Majlis Parlimen.

Laporan tahunan