Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Obligasi kerahsiaan
Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat bagi Majlis atau bagi mana-mana perbadanan boleh menzahirkan apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana satu urusan, yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini; dan seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
22
No. 20 Tahun 1966