Malaysia legislation

Section 33

of AKTA MAJLIS AMANAH RAKYAT 1966

Seksyen 33

Kesalahan berkenaan dengan pinjaman dan beban pembuktian

(a)

memperoleh pinjaman daripada Majlis di bawah Akta ini dengan cara apa-apa pernyataan palsu;

(b)

dengan sengaja menggunakan apa-apa pinjaman yang diberikan kepadanya oleh Majlis di bawah Akta ini bagi apa-apa maksud selain maksud yang baginya pinjaman itu diberikan;

(c)

setelah memperoleh pinjaman daripada Majlis di bawah

Akta ini, dengan sengaja memusnahkan apa-apa cagaran yang telah diberikan berhubung dengan mana-mana pinjaman itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda sebanyak lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subsubperenggan 6(1)(b)

atau subperenggan 6(2) Jadual Ketiga melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(3)

Dalam mana-mana prosiding jenayah berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah perenggan (1)(b), beban bagi membuktikan bahawa orang itu telah bertindak dengan suci hati dan tanpa pengetahuan bahawa dia tidak berhak untuk menggunakan pinjaman itu atau mana-mana bahagiannya sedemikian hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.

Keizinan Pendakwa Raya