Malaysia legislation
Section 10
of AKTA AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024
Seksyen 10
Penjalanan kuasa di luar kawasan yang ditetapkan
Dalam menjalankan kuasa untuk mencegah atau menyiasat pelakuan suatu kesalahan di dalam suatu kawasan yang ditetapkan, pegawai Agensi boleh menjalankan kuasa itu di luar kawasan yang ditetapkan jika dia dengan munasabahnya percaya bahawa tindakan itu adalah perlu untuk mencegah pelakuan kesalahan itu atau untuk melengkapkan penyiasatan kesalahan itu.