Malaysia legislation
Section 11
of AKTA AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024
Seksyen 11
Kuasa tambahan
(2)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
jika suatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh pegawai Agensi dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai
Daerah Polis di bawah jagaannya;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 860
(b)
pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis; dan
(c)
pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara
Jenayah dan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang yang
Tidak Diingini 1969 [Akta 7], dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangannya, tetapi sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, peruntukan
Akta ini hendaklah dipakai.
Bantuan dan penyelarasan