Malaysia legislation
Section 19
of AKTA AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024
Seksyen 19
Kad kuasa
(2)
Apabila pegawai Agensi menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, pegawai itu hendaklah, apabila tidak memakai pakaian seragam, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
(3)
Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai Agensi yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu tidak memakai pakaian seragam dan enggan untuk mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasanya, apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.
Pakaian seragam