Malaysia legislation
Section 20
of AKTA AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024
Seksyen 20
(2)
Tiap-tiap pegawai Agensi hendaklah memakai pakaian seragam dan kelengkapan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah semasa bertugas melainkan jika dikecualikan secara bertulis oleh
Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 860
(3)
Apabila seseorang terhenti menjadi pegawai Agensi, dia hendaklah, dalam masa empat belas hari, menyerahkan kepada orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu pakaian seragam dan kelengkapannya yang telah dibekalkan kepadanya.
(4)
Mana-mana orang yang, setelah terhenti menjadi pegawai
Agensi, tanpa sebab yang munasabah, tidak mematuhi subseksyen (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan, sebagai tambahan, bolehlah dipertanggungkan untuk membayar nilai pakaian seragam dan kelengkapannya yang tidak diserahkan dan boleh didapatkan semula seolah-olah suatu denda.
Membawa senjata