Malaysia legislation

Section 22

of AKTA AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024

Seksyen 22

Galangan terhadap pegawai Agensi

(a)

mengamang, menggalang, menghalang, mengganggu atau mengancam mana-mana pegawai Agensi atau pekhidmat awam lain atau mana-mana orang yang bertindak untuk membantunya atau memberinya bantuan atau dilantik sewajarnya dalam melaksanakan kuasanya di bawah

Akta ini;

(b)

mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik, atau menyebabkan diambil balik, apa-apa barang-barang yang telah disita dengan sewajarnya atau mana-mana orang yang telah ditahan;

(c)

tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang dilekatkan pada apa-apa barang-barang atau bekas, bungkusan atau pengangkut yang disita oleh pegawai Agensi atau memindahkan apa-apa barang-barang dan bekas muatan, bungkusan atau pengangkut yang dilak atau cuba berbuat demikian;

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 17

(d)

sebelum atau selepas apa-apa sitaan, memecahkan atau sebaliknya memusnahkan apa-apa bungkusan atau barang-barang untuk mengelakkan sitaan atau didapatkannya; atau

(e)

enggan memberikan apa-apa maklumat atau memberikan maklumat yang diketahuinya benar atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu apabila dikehendaki oleh Akta ini untuk memberikan apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki oleh pegawai Agensi, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan kali pertama, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya, dan apabila disabitkan kali yang kedua atau berikutnya, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Perintah Tetap

Section 22 — MALAYSIA BORDER CONTROL AND PROTECTION AGENCY ACT 2024