Malaysia legislation
Section 23
of AKTA AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA 2024
Seksyen 23
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah pentadbiran yang disebut “Perintah Tetap”, yang selaras dengan peruntukan
Akta ini, mengenai kawalan am, latihan, tugas dan tanggungjawab pegawai Agensi dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat bagi pentadbiran baik Agensi atau bagi pencegahan penyalahgunaan kuasa atau pengabaian tugas, dan pada amnya untuk memastikan Agensi berfungsi dengan cekap dan berkesan.