Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya meng-Tafsiran. hendaki makna yang lain—
"angkatan pertahanan awam" dan "perkhidmatan pertahanan awam" masing-masing ertinya angkatan dan perkhidmatan yang ditubuhkan semata-mata atau terutamanya untuk memenuhi kehendak pertahanan awam;
"pertahanan awam" meliputi apa-apa langkah yang tidak terjumlah kombat sebenar bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan permusuhan atau bagi menahan apa-apa bentuk serangan permusuhan daripada keseluruhan atau sebahagian daripada akibatnya, sama ada langkah itu diambil sebelum masa, semasa atau selepas masa serangan itu.