Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PERTAHANAN AWAM 1951

Seksyen 3

(2)

Tanpa menyentuh keluasan atau bidang kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) kaedah-kaedah tersebut boleh membuat peruntukan bagi—

(a)

mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam;

(b)

mengelola, melengkapi dan melatih bagi maksud pertahanan awam pasukan polis, pasukan bomba dan pekerja-pekerja badan-badan berkanun dan badan-badan lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang diambil kerja terutamanya bagi maksud lain daripada maksud pertahanan awam;

(c)

mengajar orang ramai tentang pertahanan awam dan melengkapkan mereka bagi maksud pertahanan awam;

(d)

membekal, menyimpan dan menyenggara komoditi-komoditi dan benda-benda yang dikehendaki bagi pertahanan awam;

(e)

menyedia, membina, menyenggara dan mengubah premis, struktur dan penggalian bagi maksud-maksud pertahanan awam;

(f)

merekuisisi, membeli dan menyewa tanah, bangunan-bangunan, bahan-bahan harta dan barang-barang yang dikehendaki bagi maksud-maksud pertahanan awam;

(g)

mentaksir dan membayar saraan atau pampasan berkenaan dengan semua perkara yang dilakukan meliputi kerja yang dibuat dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi dan kerosakan dan kecederaan yang ditanggung akibat daripada kuasa-kuasa yang diberi oleh atau di bawah Akta ini;

(h)

membayar pampasan berkenaan dengan apa-apa kecederaan fizikal yang dilakukan oleh seseorang anggota angkatan atau perkhidmatan pertahanan awam yang berbangkit dari dan dalam menjalankan tugas-tugasnya sebagai anggota tersebut;

(i)

penubuhan badan-badan dan pelantikan pegawai-pegawai di Negeri-Negeri bagi maksud-maksud Akta ini dan perwakilan kepada badan dan pegawai tersebut semua atau mana-mana daripada kuasa yang diberi oleh atau di bawah Akta ini; dan

PERTAHANAN AWAM

(j)

mengenakan penalti bagi apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana kaedah dengan syarat bahawa tiada apa-apa penalti boleh melebihi penjara selama tempoh tiga tahun dan denda sebanyak lima ribu ringgit.

(3)

Tiap-tiap kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat secepat mana yang boleh.

Section 3 — MALAYSIA CIVIL DEFENCE ACT 1951 | mylaw.my