Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Pindaan seksyen 75
(a)
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“premium” dengan perkataan “levi”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Walau apa pun bayaran levi pertama berkenaan dengan tahun taksiran pertama atau levi tahunan berkenaan dengan mana-mana tahun taksiran tertentu,
Perbadanan boleh mentaksirkan dan memungut suatu surcaj levi daripada anggota penanggung insurans berkenaan dengan tahun taksiran itu atau mana-mana bahagiannya mengikut seksyen ini.”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Surcaj levi yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans di bawah subseksyen (1) dalam mana-mana tahun taksiran tertentu tidak boleh melebihi levi yang kena dibayar oleh anggota penanggung insurans itu berkenaan dengan tahun taksiran yang sebelumnya atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.”;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)
(d)
dalam subseksyen (3)—
(i)
dengan memotong perenggan (a);
(ii)
dalam perenggan (b)—
(A)
dengan memasukkan selepas perkataan
“pemberitahuan,” perkataan “arahan,”; dan
(B)
dengan memasukkan sebelum perkataan
“perlindungan” perkataan “sistem”; dan
(iii)
dalam perenggan (d)—
(A)
dengan memasukkan selepas perkataan
“liabiliti takaful atau insurans” perkataan
“, atau sumbangan bersih”; dan
(B)
dengan menggantikan perkataan “apa-apa pentaksiran premium” dengan perkataan
“apa-apa pentaksiran levi”; dan
(e)
dalam perenggan (3)(A) dan (B) dan subseksyen (4),
(5)
, (6) dan (7), dengan menggantikan perkataan “premium”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “levi”.
Pindaan seksyen 76