Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Pindaan seksyen 99
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan
“dan membayar kos, caj dan perbelanjaan Perbadanan atau orang dilantik, termasuk saraan orang dilantik, daripada aset institusi anggota itu mendahului semua tuntutan lain;”;
(ii)
dalam perenggan (g), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (g)
perenggan yang berikut:
“(ga) dengan kelulusan Menteri, melalui suatu perintah secara bertulis, memindahkan semua atau mana-mana yang berikut:
(i)
syer dan surat cara modal yang dikeluarkan oleh institusi anggota; atau
(ii)
waran atau hak di bawah apa-apa surat cara yang dikeluarkan oleh institusi anggota yang memberi hak kepada pemegangnya untuk memperoleh syer dalam institusi anggota, kepada mana-mana orang, selain Perbadanan dan mana-mana subsidiari Perbadanan, menurut peruntukan yang berhubungan dengan pemindahan wajib syer dalam Bab 2a; atau”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Jika Perbadanan menjalankan mana-mana kuasa di bawah subseksyen (1), institusi anggota hendaklah membayar kos, caj dan perbelanjaan Perbadanan atau orang dilantik, termasuk saraan orang dilantik, daripada aset institusi anggota itu mendahului semua tuntutan lain.”;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan)
(c)
dalam perenggan (3)(b), dengan menggantikan perkataan
“peminjamnya” dengan perkataan “syer peminjam di bawah apa-apa perkiraan pinjaman dan peminjaman syer,”; dan
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Apa-apa penjalanan kuasa Perbadanan di bawah
Bahagian ini yang menjejaskan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja suatu institusi anggota, termasuk pemecatan seorang pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota atau pengubahan atau penamatan kontrak perkhidmatan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja institusi anggota, adalah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak perkhidmatan atau kontrak atau perjanjian lain, sama ada secara tersurat atau tersirat, sama ada secara berseorangan atau kolektif, dan sama ada dibuat atau tidak dibuat atau diperuntukkan atau tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan seseorang yang dipecat daripada jawatannya atau yang kontrak perkhidmatannya diubah atau ditamatkan, tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi kehilangan atau penamatan jawatan itu.”.
Pindaan seksyen 104