Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
Seksyen 104 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Jika Perbadanan membuat suatu pemindahan yang disebut dalam perenggan 99(1)(ga) atau menghapuskan hak yang disebut dalam perenggan 128b(7)(b), suatu permohonan untuk mengkaji semula mengikut Jadual Pertama ialah satu-satunya cara untuk mempersoalkan amaun balasan yang diterima atau boleh diterima dalam pemindahan itu atau amaun pampasan yang diterima atau boleh diterima berkenaan dengan hak yang dihapuskan itu, dan tiada mahkamah yang boleh mendengar apa-apa tindakan, guaman atau prosiding yang bertujuan untuk mempersoalkan amaun balasan atau pampasan itu.
(2b)
Suatu transaksi atau siri transaksi yang disebut dalam subseksyen 103(1) atau suatu pemindahan yang disebut dalam perenggan 99(1)(ga) atau suatu penghapusan hak yang disebut dalam perenggan 128b(7)(b) hendaklah berkuat kuasa walaupun apa-apa permohonan atau apa-apa keputusan yang dibuat berkenaan dengan kajian semula di bawah subseksyen (2) dan (2a).”.
Pindaan seksyen 106