Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007

Seksyen 20

(a)

mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau

(b)

ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai penguat kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu jika perlu dengan kekerasan.

(2)

Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa untuk—

(a)

menggeledah premis itu dan menyita atau mengalihkan dari premis itu apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel apa-apa bahan api atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di premis itu.

(3)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang dan kelengkapan lain yang didapatinya perlu.

(4)

Seseorang pegawai penguat kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat sedemikian,—

18

Undang-Undang Malaysia

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu untuk masuk ke dalam premis itu;

(b)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan

(c)

menahan mana-mana orang yang ditemui di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

(5)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai penguat kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dalam premis itu atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(6)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran