Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007

Seksyen 21

Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau pada mana-mana tempat, premis, orang, atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran di bawah seksyen 20 matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia

Industri Biobahan Api Malaysia 19

boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan kekerasan sebagaimana yang perlu—

(a)

memasuki dan menggeledah tempat atau premis itu;

(b)

memberhentikan dan memeriksa orang atau pengangkut itu;

dan

(c)

menyita apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangan tentang kesalahan itu.

Kuasa untuk memasuki premis