Malaysia legislation

Section 5

of AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA 1998

Seksyen 5

(2)

Meterai perbadanan itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.

(3)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya.

(4)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau seorang pekerja yang diberi kuasa.

(5)

Meterai perbadanan itu hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau seorang pekerja yang diberi kuasa.

(6)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 589

yang disahkan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (5)

hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

(7)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota Suruhanjaya atau pekerja yang diberi kuasa bagi pihak

Suruhanjaya.

(8)

Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Keanggotaan Suruhanjaya