Malaysia legislation

Section 4

of AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA 1998

Seksyen 4

(2)

Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun.

(3)

Suruhanjaya boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia



(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, dan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut, Suruhanjaya boleh—

(a)

membuat kontrak; dan

(b)

berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan harta tak alih—

(i)

memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan

(ii)

memegang, menikmati, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta dan kepentingan itu yang terletak hak pada Suruhanjaya.

Meterai perbadanan