Malaysia legislation

Section 20

of AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

Seksyen 20

Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah

(2)

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi—

(a)

pentadbiran dan pengurusan sepatutnya hal ehwal Lembaga;

(b)

penyediaan—

(i)

segala program, skim, projek dan kegiatan;

(ii)

anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan

(iii)

anggaran pendapatan, bagi kelulusan Lembaga;

(c)

pelaksanaan program tahunan Lembaga; dan

(d)

pelaksanaan keputusan dan arahan Lembaga.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.

(4)

Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga.

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.

(6)

Jika Ketua Pengarah tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi, untuk melaksanakan kewajipannya, salah seorang daripada Timbalan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah semasa Ketua

Pengarah tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

(7)

Bagi maksud subseksyen (6), jika jawatan Timbalan Ketua

Pengarah kosong, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Lembaga untuk melaksanakan kewajipan itu.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat

Section 20 — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 | mylaw.my