Malaysia legislation

Section 21

of AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

Seksyen 21

(a)

dengan kelulusan Menteri, melantik apa-apa bilangan

Timbalan Ketua Pengarah;

(b)

melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang didapati wajar oleh Lembaga.

(2)

Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai apa-apa bahagian atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga.

(3)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

(4)

Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah disiarkan dalam Warta.

Kuasa memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat

Section 21 — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 | mylaw.my