Malaysia legislation

Section 24

of AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

Seksyen 24

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib

Lembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada—

(i)

Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan

(ii)

sekurang-kurangnya dua orang anggota Lembaga, yang tidak boleh termasuk Ketua Pengarah, yang ditentukan di kalangan anggota itu sendiri; dan

(b)

Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi golongan berlainan pegawai dan pekhidmat Lembaga.

(3)

Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b):

(a)

jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Lembaga, selain Pengerusi Lembaga, atau pegawai Lembaga, atau apa-apa gabungan anggota dan pegawai itu; dan

(b)

seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.

(4)

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b)

hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

(5)

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2)

hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 23

dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa gabungan dua hukuman atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 26.

Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib

Section 24 — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 | mylaw.my