Malaysia legislation

Section 25

of AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

Seksyen 25

(2)

Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan 24(2)(b) bolehlah dirayukan kepada Lembaga

Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi

Lembaga Rayuan Tatatertib dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

(b)

tiga orang anggota Lembaga, yang bukan anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi

Lembaga Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud Rayuan itu.

(3)

Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.

(4)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (2), seseorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu.

(5)

Keputusan Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib

Section 25 — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 | mylaw.my