Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(2)
Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—
(a)
boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;
(b)
boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman itu boleh meliputi amaran, denda, pelucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunan pangkat dan buang kerja;
(c)
hendaklah memberi orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:
(i)
jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
(ii)
jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan
Malaysia atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau
(iii)
jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat Lembaga itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;
(d)
boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen pegawai atau pekhidmat
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 25
Lembaga sementara menanti selesainya prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya;
dan
(e)
boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga jika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.
Pengenaan surcaj