Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Fungsi Lembaga adalah—
(a)
untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan daya maju industri kelapa sawit Malaysia;
(b)
untuk menjalankan dan menggalakkan kegiatan penyelidikan dan kemajuan yang berhubungan dengan penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, pemakaian, penggunaan dan pemasaran kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit;
(c)
untuk merancang, menyelaras, melaksanakan dan mengawasi
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 11
segala kegiatan penyelidikan dan kemajuan tentang kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit;
(d)
untuk mengawal selia, mendaftarkan, menyelaras dan menggalakkan segala kegiatan yang berhubungan dengan penanaman, pembekalan, penjualan, pembelian, pengagihan, pergerakan, penyimpanan, pengukuran, pengujian, pemeriksaan, pembrokeran, pengeksportan dan pengimportan keluaran kelapa sawit, dan pengilangan buah kelapa sawit;
(e)
untuk memajukan dan mengkomersialkan dapatan penyelidikan bagi manfaat industri kelapa sawit dan untuk menggalakkan pemakaian dapatan penyelidikan secara komersial;
(f)
untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, nasihat dan perundingan bagi industri kelapa sawit;
(g)
untuk menggalakkan pemasaran dan pengendalian cekap bagi keluaran kelapa sawit;
(h)
untuk memajukan dan menyenggarakan pasaran bagi keluaran kelapa sawit;
(i)
untuk menggalakkan, mengawal dan mengawasi langkah-langkah untuk mencapai mutu yang tinggi bagi keluaran kelapa sawit;
(j)
untuk merancang dan melaksanakan program latihan dan pembangunan sumber manusia selaras dengan keperluan industri kelapa sawit;
(k)
untuk berhubung dan membuat penyelarasan dengan badan lain di dalam atau di luar Malaysia bagi mempertingkatkan lagi industri kelapa sawit Malaysia;
(l)
untuk menjalankan penyelidikan dan kemajuan tentang biji minyak dan minyak serta lemak yang lain selain minyak sawit jika penyelidikan dan kemajuan itu bertujuan untuk mempertingkatkan industri kelapa sawit;
(m)
untuk mengumpulkan maklumat dan menyenggarakan rekod mengenai segala perkara yang berkaitan berhubungan dengan industri kelapa sawit;
(n)
untuk menjadi pusat sumber dan maklumat bagi industri kelapa sawit;
12
Undang-Undang Malaysia
(o)
untuk menerbitkan atau menganjurkan penerbitan jurnal, terbitan berkala, buku kecil dan penerbitan lain dan untuk mengumpulkan, mengumpul semak dan menyebarkan maklumat yang berhubungan dengan kelapa sawit, keluaran kelapa sawit dan minyak serta lemak tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang lain;
(p)
untuk menjalankan penyelidikan dan kemajuan dalam apa-apa bidang lain jika hasil penyelidikan dan kemajuan itu bertujuan untuk memberikan manfaat kepada industri kelapa sawit; dan
(q)
untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Kuasa Lembaga