Malaysia legislation

Section 5

of AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

Seksyen 5

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk mengusahakan dan menyelaraskan kegiatan yang berhubungan dengan penyelidikan dan kemajuan dalam penanaman, pengeluaran, penuaian, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan, pemakaian, penggunaan dan pemasaran kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit termasuk sisa kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit, dan perkhidmatan yang berhubungan dengannya;

(b)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan berhubungan dengan penyelidikan, penyiasatan, pengujian, perkhidmatan nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga;

(c)

untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan yang difikirkannya patut untuk menunaikan fungsinya;

(d)

untuk memperoleh, memegang, melupuskan atau memberikan hak berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang dijalankan oleh atau bagi Lembaga atau berkaitan dengan hasil apa-apa penyelidikan yang diusahakan oleh mana-mana orang atau organisasi;

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 13

(e)

untuk mentauliahkan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau kemajuan, atau kedua-duanya;

(f)

untuk memberikan perakuan kecekapan berkenaan dengan program latihan dan program bertauliah;

(g)

untuk mengusahakan dan menyelaraskan apa-apa kegiatan yang difikirkannya perlu bagi maksud melindungi dan memajukan kepentingan industri kelapa sawit Malaysia;

(h)

untuk mengawal selia industri kelapa sawit, termasuk dengan melaksanakan skim pendaftaran dan pelesenan;

(i)

untuk menetapkan piawaian atau gred kelapa sawit dan keluaran kelapa sawit; dan

(j)

untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Keanggotaan Lembaga

Section 5 — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 | mylaw.my