Malaysia legislation

Section 62

of AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

Seksyen 62

Jika apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam penjagaan Lembaga atau Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam penjagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada

Lembaga atau Kerajaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.

Section 62 — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 | mylaw.my