Malaysia legislation

Section 63

of AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

Seksyen 63

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau yang dikatakan pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Section 63 — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 | mylaw.my