Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
Kuasa tambahan
(a)
menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data yang dikomputerkan dan dokumen dan meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun, data yang dikomputerkan dan dokumen itu;
(b)
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubungan dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;
(c)
membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan-peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
(2)
Seseorang yang tidak mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Mengamang atau menghalang pegawai diberi kuasa menjadi kesalahan