Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi industri kelapa sawit, yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian;
(c)
seorang wakil Perbendaharaan, yang dinamakan oleh
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan;
(d)
seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan industri, yang dinamakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian;
(e)
seorang wakil Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956
[Akta 474], yang dinamakan oleh Pengerusi Lembaga;
(f)
seorang wakil sektor pekebun kecil industri kelapa sawit;
(g)
dua orang wakil pengeluar kelapa sawit;
14
Undang-Undang Malaysia
(h)
seorang wakil pengilang minyak sawit;
(i)
seorang wakil penapis minyak sawit;
(j)
seorang wakil industri oleokimia;
(k)
empat orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pembangunan industri kelapa sawit; dan
(l)
Ketua Pengarah.
Tempoh jawatan