Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011

Seksyen 10

(2)

Fungsi

Jawatankuasa

Penyelarasan adalah untuk menyelaraskan perkara teknikal, saintifik, tatacara dan perkara berkaitan yang lain untuk memudahkan pelaksanaan Akta ini.

(3)

Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Penyelarasan hendaklah dilantik oleh Menteri.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 728

(4)

Anggota

Jawatankuasa

Penyelarasan hendaklah terdiri daripada wakil daripada agensi atau jabatan yang berkaitan dan agensi atau jabatan lain yang difikirkan perlu oleh Menteri.

(5)

Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Penyelarasan hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan mereka masing-masing dan layak untuk dilantik semula.

(6)

Pelantikan pengerusi dan anggota Jawatankuasa Penyelarasan boleh dibatalkan oleh Menteri pada bila-bila masa.

(7)

Jawatankuasa

Penyelarasan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun pada masa dan di tempat sebagaimana yang dilantik oleh pengerusi.

(8)

Jika pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan tidak hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan, anggota yang hadir boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(9)

Jawatankuasa Penyelarasan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(10)

Pengerusi dan anggota Jawatankuasa Penyelarasan boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain berkaitan dengan kerja

Jawatankuasa Penyelarasan sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Menteri, dengan kelulusan Menteri Kewangan.

Section 10 — MALAYSIAN QUARANTINE AND INSPECTION SERVICES ACT 2011