Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011

Seksyen 9

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:

(a)

untuk mengkuarantin dan memeriksa apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, premis, pengangkut atau apa-apa benda lain di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin bagi maksud untuk menentukan sama ada perosak, penyakit atau bahan cemar wujud dan untuk memastikan pematuhan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma dengan syarat-syarat import dan eksport sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

(b)

untuk memeriksa makanan dan menguatkuasakan perkara yang berhubungan dengan makanan di pintu masuk mengikut Akta Makanan 1983;

(c)

untuk mengenakan dan memungut fi atau apa-apa caj lain yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini;

(d)

untuk menempatkan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma di bawah kawalan kuarantin di stesen kuarantin atau premis kuarantin bagi suatu tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

(e)

untuk mendaftarkan semua pengimport, pengeksport dan ejen yang terlibat dalam import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma;

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 17

(f)

untuk mengeluarkan permit, lesen dan perakuan bagi maksud import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma;

(g)

untuk mengisytiharkan mana-mana premis sebagai premis kuarantin bagi maksud kuarantin dan pemeriksaan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma;

(h)

untuk menjalankan tatacara kuarantin ke atas mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, premis, pengangkut atau apa-apa benda lain dalam tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah; dan

(i)

untuk menolak kemasukan di pintu masuk apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma.

Section 9 — MALAYSIAN QUARANTINE AND INSPECTION SERVICES ACT 2011