Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011

Seksyen 12

(a)

permit, lesen atau perakuan untuk mengimport; atau

(b)

permit atau lesen untuk mengeksport, apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(2)

Ketua Pengarah boleh, selepas menerima permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), menghendaki pemohon untuk memberikan maklumat, butiran atau dokumen tambahan dalam apa-apa tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Jika pemohon tidak memberikan maklumat, butiran atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), permohonan itu hendaklah dianggap telah ditarik balik tanpa

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 728

menjejaskan pembuatan suatu permohonan baru mengikut subseksyen (1).

(4)

Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan boleh mengeluarkan—

(a)

permit, lesen atau perakuan untuk mengimport; atau

(b)

permit atau lesen untuk mengeksport, apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma kepada pemohon jika pemohon telah memenuhi kehendak di bawah subseksyen (1) dan (2).

(5)

Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan apa-apa permit, lesen atau perakuan untuk mengimport dan apa-apa permit atau lesen untuk mengeksport mengikut dasar, arahan dan kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh agensi atau jabatan yang berkaitan.

Permit, lesen dan perakuan palsu

Section 12 — MALAYSIAN QUARANTINE AND INSPECTION SERVICES ACT 2011