Malaysia legislation
Section 13
of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011
Seksyen 13
Mana-mana orang yang memberikan atau menyebabkan supaya diberikan kepada Ketua Pengarah secara lisan atau secara bertulis, apa-apa permit, lesen, perakuan, atau dokumen lain atau maklumat yang dikehendaki untuk diberikan di bawah Akta ini yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan atau pengeksportan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi tujuh puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 21