Malaysia legislation
Section 14
of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011
Seksyen 14
Tumbuhan, binatang, karkas, dsb. dengan perosak, penyakit atau bahan cemar
Mana-mana orang yang mengimport melalui pintu masuk, stesen kuarantin atau premis kuarantin apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma—
(a)
dengan perosak, penyakit atau bahan cemar;
(b)
yang dipercayai mempunyai perosak, penyakit atau bahan cemar; atau
(c)
yang diserang oleh perosak, penyakit atau bahan cemar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Syarat import dan eksport