Malaysia legislation
Section 20
of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011
Seksyen 20
Jika seseorang pegawai penguat kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah subseksyen 19(1)
penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai penguat kuasa itu boleh memasuki premis yang terletak di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan menjalankan dalam, di dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 19 dengan cara yang sepenuhnya
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 728
dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.