Malaysia legislation
Section 21
of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011
Seksyen 21
Waran boleh diterima walaupun cacat
Sesuatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walaupun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu, dan apa-apa buku, rekod, dokumen, komputer, peralatan, tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, permit, lesen, perakuan, atau benda lain yang disita di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.