Malaysia legislation
Section 3
of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi atau jabatan yang berkaitan” ertinya agensi atau jabatan yang bertanggungjawab bagi penguatkuasaan undang-undang bertulis yang berkaitan;
“alat” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Makanan 1983;
“bahan cemar” ertinya apa-apa bahan asing, luar, toksik, beracun atau berbahaya yang terkandung atau wujud dalam atau pada mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan dan keluaran pertanian termasuklah besi, mikroorganisma dan toksinnya, sisa dadah, sisa racun perosak, sisa radioaktif atau apa-apa sisa kimia yang dilarang atau dibenarkan pada tahap sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang bertulis yang berkaitan;
“binatang” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Binatang 1953 [Akta 647] dan termasuk burung;
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 9
“bungkusan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Makanan 1983;
“burung” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Binatang 1953;
“eksport” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut, perairan pedalaman atau udara apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan;
“ikan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perikanan 1985 [Akta 317];
“import” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke dalam Malaysia melalui darat, laut, perairan pedalaman atau udara apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan;
“Jabatan” ertinya Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan
Malaysia;
“Jawatankuasa Penyelarasan” ertinya Jawatankuasa Penyelarasan bagi Kuarantin dan Pemeriksaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 10;
“karkas” ertinya bangkai binatang atau ikan, dan termasuk daging, tulang (sama ada keseluruhannya, terpotong atau hancur), bahagian dalam, belulang, kulit, bulu, pelepah, kuku, tanduk, atau bahagian lain bangkai binatang atau ikan, terpisah atau selainnya;
“keluaran pertanian” ertinya apa-apa hasil daripada tumbuhan, binatang, karkas atau ikan, sama ada diproses atau selainnya;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kuarantin dan
Pemeriksaan yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“kuarantin” ertinya pengurungan rasmi apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 728
bagi pemerhatian, penyelidikan, pemeriksaan lanjut, pengujian atau rawatan;
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 12(4);
“makanan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Makanan 1983, dan termasuk alat dan bungkusan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi pertanian dan industri asas tani;
“mikroorganisma”
ertinya apa-apa mikroorganisma selain tumbuhan dan binatang dan termasuk kulat, bakteria dan virus;
“pegawai penguat kuasa” ertinya seseorang pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah seksyen 5 atau 6, dan termasuk Ketua
Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah;
“pemeriksaan” ertinya pemeriksaan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan;
“pengangkut” ertinya apa-apa pesawat udara, kenderaan, vesel atau apa-apa kaedah pengangkutan yang lain sama ada melalui darat, laut atau udara;
“perakuan” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 12(4) kecuali perakuan kesihatan dan perakuan fitosanitari;
“permit” ertinya permit yang dikeluarkan di bawah subseksyen 12(4);
“pintu masuk” ertinya mana-mana pintu masuk atau pintu keluar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“premis” termasuk apa-apa pondok, bangsal, struktur, pelantar, rumah, bangunan, loji, gudang berlesen, kontena dan tanah, sama ada tertutup atau dibina di atasnya;
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 11
“premis kuarantin” ertinya mana-mana premis yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 9(g);
“stesen kuarantin” ertinya premis, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, untuk mengkuarantin apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma;
“tanih” termasuk tanah, bumi atau bahan organik dan mineral lain yang berlaku secara semula jadi atau diproses;
“tatacara kuarantin” ertinya pengujian, perawatan atau pelupusan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, atau mikroorganisma, atau pelakuan apa-apa perbuatan lain yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
“tumbuhan” ertinya apa-apa spesis tumbuhan atau mana-mana bahagian daripadanya sama ada hidup atau mati dan termasuk batang, dahan, ubi, bebawang, umbisi, pokok penanti, kayu mata-tunas, keratan, tut, keratan tunas, pelekap, akar, daun, bunga, buah, biji atau mana-mana bahagian lain atau keluaran tumbuhan sama ada terputus atau tercantum;
“undang-undang bertulis yang berkaitan” ertinya undang-undang bertulis sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.