Malaysia legislation
Section 4
of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011
Seksyen 4
(2)
Pelantikan di bawah subseksyen (1) adalah bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.
(3)
Tempoh pelantikan Ketua Pengarah tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi jika dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula sebagai
Ketua Pengarah oleh Menteri secara kontrak bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.
(4)
Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Menteri dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan itu di bawah Akta ini.
(5)
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, kawalan dan pengawasan semua perkara yang berhubungan dengan
Akta ini.
Pelantikan pegawai penguat kuasa