Malaysia legislation

Section 48

of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011

Seksyen 48

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

mana-mana pegawai atau pegawai penguat kuasa; dan

(b)

mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Ketua Pengarah, pegawai penguat kuasa atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya oleh Ketua Pengarah, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Peraturan-peraturan

Section 48 — MALAYSIAN QUARANTINE AND INSPECTION SERVICES ACT 2011