Malaysia legislation
Section 49
of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011
Seksyen 49
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan kuarantin dan pemeriksaan;
(b)
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan tatacara kuarantin;
(c)
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan permit, lesen dan perakuan;
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 41
(d)
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran pengimport, pengeksport dan ejen;
(e)
untuk mengisytiharkan mana-mana premis sebagai stesen kuarantin atau premis kuarantin;
(f)
untuk menetapkan tatacara bagi mengambil dan berurusan dengan sampel;
(g)
untuk menetapkan pakaian seragam pegawai penguat kuasa;
(h)
untuk menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah
Akta ini; dan
(i)
untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun.
Peruntukan kecualian dan peralihan