Malaysia legislation
Section 50
of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011
Seksyen 50
(2)
Walaupun Akta ini telah mula berkuat kuasa, sehingga suatu masa apabila undang-undang bertulis yang berkaitan, tidak termasuk
Akta Makanan 1983, dipinda berbangkit daripada Akta ini dan pindaan itu mula berkuat kuasa, agensi atau jabatan yang berkaitan hendaklah meneruskan untuk menjalankan kuarantin, pemeriksaan, penguatkuasaan dan pemerakuan import dan eksport apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma.
(3)
Apa-apa permohonan atau kes yang belum selesai di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan yang berhubungan dengan
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 728
kuarantin, pemeriksaan, penguatkuasaan dan import dan eksport apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang dibuat atau dimulakan semasa tempoh sebaik selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan sebaik sebelum undang-undang bertulis yang berkaitan dipinda berbangkit daripada Akta ini dan pindaan itu mula berkuat kuasa tidak terjejas oleh pindaan itu dan hendaklah diteruskan seolah-olah pindaan itu tidak dibuat kepada undang-undang bertulis yang berkaitan itu.