Malaysia legislation
Section 5
of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011
Seksyen 5
(2)
Pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai penguat kuasa yang lain yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai penguat kuasa itu, dan pegawai penguat kuasa itu hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya, dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi apa-apa arahan sebagaimana yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai penguat kuasa yang lain yang lebih tinggi pangkatnya daripadanya.
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 13
(3)
Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada tiap-tiap pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh
Ketua Pengarah dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan itu di bawah Akta ini.
(4)
Bilamana pegawai penguat kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (3).
(5)
Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan boleh melantik secara bertulis mana-mana pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1) untuk menjalankan kuasa di bawah perenggan 9(b).
(6)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), pegawai penguat kuasa yang disebut dalam subseksyen (5) hendaklah mematuhi apa-apa dasar, arahan dan kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan.
Pelantikan pegawai awam untuk menjadi pegawai penguat kuasa