Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dengan syarat bahawa mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan sedemikian hendaklah termasuk sekurang-kurangnya seorang anggota Lembaga.
(3)
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah
22 Undang-undang Malaysia AKTA 551
subseksyen ini, jawatankuasa itu adalah tertakluk kepada dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Lembaga.
(4)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen
(3)
.
(5)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang, bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu tetapi orang yang diundang sedemikian tidakberhak untuk mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.
(6)
Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga.
(7)
Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
(8)
Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh
Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
(9)
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga.
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 23