Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996

Seksyen 18

(2)

Lembaga hendaklah meletak hak pada Ketua Pengarah apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi—

(a)

pentadbiran dan pengurusan sewajarnya hal ehwal

Lembaga;

(b)

penyediaan—

(i)

semua program, skim, projek dan aktiviti;

(ii)

anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan

(iii)

anggaran pendapatan, untuk kelulusan Lembaga;

(c)

pelaksanaan program tahunan Lembaga; dan

(d)

pelaksanaan keputusan dan arahan Lembaga.

(4)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.

24 Undang-undang Malaysia AKTA 551

(5)

Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga.

(6)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.

(7)

Jika Ketua Pengarah tidak ada buat sementara waktu di

Malaysia atau tidak berupaya buat sementara waktu, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi, untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan Timbalan Ketua

Pengarah melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah semasa Ketua

Pengarah tidak ada atau tidak berupaya buat sementara waktu itu.

(8)

Bagi maksud subseksyen (7) —

(a)

jika terdapat lebih daripada seorang Timbalan Ketua

Pengarah,

Lembaga hendaklah menamakan seorang

Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan itu; dan

(b)

jika jawatan Timbalan Ketua Pengarah kosong, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Lembaga untuk melaksanakan kewajipan itu.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat

Section 18 — MALAYSIAN RUBBER BOARD (INCORPORATION) ACT 1996